UNITEN Tubuh Pusat Tenaga Nasional (National Energy Centre - NEC) Memperkasa Peralihan Tenaga

UNITEN Tubuh Pusat Tenaga Nasional (National Energy Centre - NEC) Memperkasa Peralihan Tenaga

YB Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pendidikan Tinggi telah berbesar hati menerima sesi kunjungan hormat YBhg. Prof. Ir. Dr. Noor Azuan Abu Osman, Naib Canselor UNITEN dan delagasinya bagi memberikan penerangan dan taklimat berkaitan penubuhan Pusat Kecemerlangan Tenaga Negara (National Energy Centre - NEC).

Antara kandungan taklimat tersebut ialah asas kepada penubuhan Pusat Kecemerlangan Tenaga Negara (NEC) iaitu sebagai satu usaha proaktif institusi pendidikan tinggi dalam menyumbang kepakaran bagi menjayakan agenda pembangunan negara termasuk usaha meningkatkan kapasiti sumber tenaga boleh baharu (TBB) dan menangani pelepasan karbon. Pelbagai penyelidikan dan projek berkaitan tenaga, dengan kerjasama pakar daripada universiti tersohor tempatan dan luar negara serta para peneraju industri, dengan aspirasi menjadikan Malaysia sebagai Hab Tenaga Serantau.

Lima pusat kecemerlangan yang akan diletakkan di bawah satu bumbung NEC adalah Institut Tenaga Lestari (ISE), Institut Kejuruteraan Kuasa (IPE), Institut Infrastruktur Tenaga (IEI), Institut Dasar & Penyelidikan Tenaga (IEPRe) dan Institut Informatik & Pengkomputeran dalam Tenaga (IICE).

Turut hadir bersama dalam sesi tersebut ialah YBhg. Dato' Dr. Haji Megat Sany bin Megat Ahmad Supian, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), KPT.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 2731
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Isnin 27 Mei 2024, 18:16:03.