UMT Buat Kunjung Hormat Ke Atas YB Menteri Pendidikan Tinggi
Seusai kunjungan hormat TYT Niall Collins, YB Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin telah menerima kunjungan delegasi UMT di pejabatnya petang tadi.
Delegasi UMT diwakili oleh Pengerusi Lembaga Pengarah Universitinya iaitu YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Shamsul Azhar Abbas, serta Naib Canselornya iaitu YBhg. Dato' Prof. Dr. Mazlan Abd Ghaffar.
Pertemuan mereka dengan YB Menteri Pendidikan Tinggi adalah untuk membentangkan perancangan serta hala tuju dalam memperkasakan pencapaian universiti tersebut.
Selain itu, perbincangan turut diadakan berkisar isu-isu dan hal ehwal semasa mahasiswa.
- Terakhir dikemaskini pada .
- Hits: 2027