UMS Meterai MoU dengan Marmara University

UMS Meterai MoU dengan Marmara University

Sejak penyertaan Universiti Malaysia Sabah (UMS) dalam Eurasia Higher Education Summit (EURIE) pada 2019, banyak universiti di Turki telah berminat untuk bekerjasama dengan UMS terutamanya dalam program mobiliti.

Marmara University (MU), salah sebuah universiti terbaik di Turki telah menyampaikan hasratnya dan hasilnya satu majlis pemeteraian MoU telah berjaya diadakan antara UMS dan MU hari ini sambil disaksikan oleh YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi.

MoU ditandatangani Prof. Datuk ChM. Ts. Dr Yap Yun Hin, Naib Canselor UMS dan Prof. Dr. Mustafa Kurt, Rektor MU.

Kolaborasi antara UMS dan MU dilaksanakan melalui pertukaran pelajar yang akan memberi peluang kepada mereka untuk meningkatkan pengalaman pembelajaran dengan memberi pendedahan kepada aspek budaya, ekonomi, politik, pendidikan dan ekologi kedua-dua buah negara.

Program mobiliti kakitangan di bawah program Erasmus juga dirancang bagi menyediakan latihan untuk meningkatkan kemahiran mereka dalam pengajaran, penyelidikan dan pembangunan universiti serta dalam mempromosikan UMS di peringkat antarabangsa.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 4017
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 24 Mei 2024, 17:03:21.