UKM Dinobat Majikan Prihatin Peringkat Badan Berkanun & Pihak Berkuasa Tempatan 2023 CUEPACS

UKM Dinobat Majikan Prihatin Peringkat Badan Berkanun & Pihak Berkuasa Tempatan 2023 CUEPACS

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah melakar sejarah menerima Anugerah Majikan Prihatin Peringkat Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan 2023 oleh Kongres Kesatuan Pekerja Di dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) sempena Majlis Sambutan Hari Pekerja CUEPACS 2023 di Auditorium Cempaka Sari, Perbadanan Putrajaya sebentar tadi.

Anugerah tersebut disampaikan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Dato’ Dr. Zulkapli Mohamed kepada Naib Canselor, Prof. Dato’ Gs. Ts. Dr. Mohd Ekhwan Hj Toriman diiringi oleh Pengerusi Lembaga Pengarah UKM Prof. Emeritus Dato' Dr. Mohamad Abd. Razak dan Pendaftar Dato’ Dr. Syed Kamarudin Hj Sadakkuthulla.

Naib Canselor UKM berkata hasil sinergi dan sokongan pihak Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT), Rakan industri dan semua warga UKM, Alumni, Pelajar dan Pesara UKM telah menjadi salah satu faktor utama UKM diangkat sebagai Majikan Prihatin Peringkat Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan bagi tahun 2023 oleh CUEPACS.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 2166
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Selasa 09 April 2024, 09:42:49.