TNC UMK Adakan Kunjungan Hormat Kepada YB Menteri Pendidikan Tinggi

TNC UMK Adakan Kunjungan Hormat Kepada YB Menteri Pendidikan Tinggi

Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin pada pagi ini telah menerima kunjungan hormat daripada YBrs. Prof. Ts. Dr. Arham Abdullah yang telah dilantik semula sebagai Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Universiti Malaysia Kelantan (UMK).

YB Menteri turut merakamkan ucapan tahniah atas pelantikan semula YBrs. Prof. Ts. Dr. Arham Abdullah dan berharap agar beliau dapat meneruskan perkhidmatan yang cemerlang dan mampu memacu UMK ke tahap yang lebih membanggakan.

Turut hadir dalam sesi kunjungan ini ialah YBrs. Prof. Dr. Azlinda Azman, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Jabatan Pendidikan Tinggi.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 794
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Sabtu 24 Februari 2024, 09:25:25.