Timbalan Menteri Sumbang RM 10,000 Meriahkan Ihya Ramadan Universiti Islam Selangor

Timbalan Menteri Sumbang RM 10,000 Meriahkan Ihya Ramadan Universiti Islam Selangor

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, YB Datuk Ts. Mustapha Sakmud telah berbesar hati membuat sumbangan sebanyak RM 10,000 kepada Masjid Al-Azhar, Universiti Islam Selangor (UIS) bagi memeriahkan program ihya ramadan mereka tahun ini.

Sumbangan tersebut diserahkan kepada Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Akademik), UIS, Dr. Abdul Razif Zaini.

Selain itu, YB Timbalan Menteri turut menyerahkan sumbangan kepada beberapa orang pelajar asnaf yang sedang melanjutkan pengajian mereka di situ.

Beliau bersama para pengurusan, tenaga pengajar dan para pelajar makan bertalam sewaktu berbuka semalam sebelum mendirikan solat fardu dan sunat terawih berjemaah.

Cutel solat, YB Datuk Ts. Mustapha bermoreh bersama para pelajar dari Kelab Persatuan Mahasiswa Islam Borneo yang diketuai oleh Presidennya, Mohd. Zaini Abd Taib.

Dalam pertemuan tersebut, YB Timbalan Menteri berpeluang mendengar keluh kesah serta pengalaman anak-anak Borneo yang merantau ke bumi Selangor untuk menuntut ilmu.

Hadir sama Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan) KPT, Mohamad Azhan Md Amir; serta Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Dr. Haji Mohamad Zahari Ismail.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 1173
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 11 Oktober 2024, 07:37:56.

logo-sirim