Terima Kasih Urang Sabah

Terima Kasih Urang Sabah

Selesai sudah Jelajah Aspirasi #KeluargaMalaysia Sabah setelah 3 hari menemui rakyat Sabah di SICC bermula 20 hingga 22 Mei 2022.

Bagi KPT, penyertaan kali ini telah berjaya memberi peluang kepada pelbagai jabatan dan agensi di bawah Kementerian untuk turun padang mempromosikan perkhidmatan, produk, inovasi serta kepakaran kepada masyarakat pasca pandemik COVID-19.

Selain pameran dan kaunter perkhidmatan, KPT turut menaburkan khidmat bakti di Kg. Serusup, Tuaran melibatkan pelbagai pemeriksaan dan rawatan kesihatan oleh para petugas dari Hospital UMS.

Malah, JPPKK turut mengadakan program khidmat bakti pembaikan asas motosikal dan kursus pendek Pembelajaran Sepanjang Hayat yang telah mendapat sambutan masyarakat di sekitar Penampang.

Selain itu, pengisian seperti demonstrasi TVET dan persembahan kesenian telah turut memeriahkan atur cara penyertaan KPT di JAKM Sabah kali ini.

Selepas Sabah, KPT akan meneruskan kembara ke destinasi lain dalam Jelajah Aspirasi #KeluargaMalaysia.

Kotahuadan om Pounsikou Urang Sabah, sehingga bertemu lagi!!!

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 4799
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 19 Julai 2024, 10:52:23.