Sumbangan IQRA' TH Bantu Pelajar Asnaf Tampung Kos Pengajian Di IPT

Sumbangan IQRA' TH Bantu Pelajar Asnaf Tampung Kos Pengajian Di IPT

YB Menteri Pengajian Tinggi telah turut menyaksikan penyampaian dana zakat Iqra' TH oleh YBhg. Tan Sri Azman Hj. Mokhtar, Pengerusi Lembaga Tabung Haji kepada 20 orang Naib Canselor Universiti Awam pagi tadi.
Menerusi program Iqra' TH, Tabung Haji telah memperuntukkan dana sebanyak RM 12 juta dengan setiap UA menerima RM 600,000 yang akan dimanfaatkan bagi membantu mengurangkan kos pengajian kira-kira 30,000 orang pelajar siswa serta siswazah di UA kelak.
Turut sama, barisan pengurusan tertinggi KPT serta YBhg. Dato' Sri Amrin Awaluddin, Ketua Eksekutif Tabung Haji.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 2503
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Khamis 22 Februari 2024, 09:34:41.