Sultan Nazrin Cadang 4 Kunci Kejayaan Untuk IPT Mendepani Abad Ke-21

Sultan Nazrin Cadang 4 Kunci Kejayaan Untuk IPT Mendepani Abad Ke-21

Sultan Perak yang juga Canselor Universiti Malaya, DYMM Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah telah berkenan untuk mencemar duli bagi menyampaikan Titah Diraja bertajuk "Shaping University Leadership for The 21st Century Higher Education" anjuran Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT) dan Universiti Malaya (UM) di sini pagi tadi.

Mengiringi keberangkatan baginda ialah YB. Dato' Mohammad Yusof Haji Apdal, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, YBhg. Dato' Dr. Megat Ahmad Sany Megat Supian, TKSU (Dasar) KPT, YBhg. Dato' Prof. Ir. Dr. Mohd Hamdi Abd Shukor, Naib Canselor UM serta YBhg. Dato' Prof. Dr. Nasrudin Mohammed, Pengarah AKEPT.

Dalam titahnya, Sultan Nazrin telah mencadangkan 4 kunci kejayaan bagi IPT mengharungi cabaran abad ke-21 iaitu kejayaan IPT bukan sahaja merekrut pelajar cemerlang tapi juga mengekalkan dan melengkapi mereka untuk bersaing di pasaran global; fakulti-fakulti di IPT perlu tingkatkan kualiti untuk hasilkan kajian bermutu tinggi dan komited dalam menyampaikan ilmu; kewangan IPT mestilah kukuh dengan persekitaran kampus yang mampan; dan IPT perlu mewujudkan sebuah visi yang terbaik bagi membina kesetiaan dan kesediaan para alumni untuk kembali berbakti dan berbudi.

Baginda turut menyeru IPT untuk memperkasakan minda para siswazah dengan subjek Kemanusiaan yang pada pandangannya bukan sahaja mampu melahirkan graduan berkepakaran tinggi malah turut mempunyai kearifan untuk menghalakan kepakaran mereka kepada sesuatu yang produktif dan bermanfaat untuk umat manusia sejagat.

Hadir sama YBhg. Tan Sri Zarinah Anwar, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Malaya dan YBhg. Dato' Prof. Dr. Rajah Rasiah, Pengarah Eksekutif Institute Asia-Eropah UM.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 3329
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Selasa 18 Jun 2024, 16:17:02.