Sua Temu Majlis Bendahari-bendahari Universiti Awam (MBUA) Bersama TKSU (PP), KPT Dan Pengarah Pejabat Belanjawan Negara, Kementerian Kewangan (MoF)

Sua Temu Majlis Bendahari-bendahari Universiti Awam (MBUA) Bersama TKSU (PP), KPT Dan Pengarah Pejabat Belanjawan Negara, Kementerian Kewangan (MoF)

Satu sesi sua temu Majlis Bendahari-Bendahari Universiti Awam (MBUA) bersama Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan), KPT dan Pengarah Pejabat Belanjawan Negara, Kementerian Kewangan (MoF) telah diadakan di Putrajaya semalam.

Pertemuan ini antara lain membincangkan berkenaan dengan hala tuju pengurusan kewangan Universiti Awam, di samping turut memfokuskan berkenaan dengan penyelesaian beberapa isu berbangkit dalam memastikan pengoperasian Universiti Awam dan agenda pendidikan negara tidak terjejas.

Sesi ini dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Dr. Mohd Zabri Yusoff, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan), KPT dan turut dihadiri oleh YBhg. Dato' Shahrol Anuwar Sarman, Pengarah, Pejabat Belanjawan Negara, Kementerian Kewangan Malaysia.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 2270
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 24 Mei 2024, 17:03:21.