Sesi Menghadap YBM Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah, hari ini berkenan menerima menghadap YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi di Istana Negara.

Pada sesi menghadap tersebut, YB Menteri telah mempersembahkan Watikah Perakuan Naik Taraf KUIPSAS kepada Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UNIPSAS) kepada Seri Paduka Baginda.

Majlis persembahan watikah tersebut juga turut disaksikan KDYMM Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah yang juga merupakan Tuanku Canselor UNIPSAS.

Hadir sama YAB Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail, Menteri Besar Pahang, YB Dato’ Sri Dr. Sallehuddin Ishak, Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Dr. Mohd Zabri Yusoff, Timbalan Ketua Setuausaha (Dasar) KPT, Prof. Datuk Dr. Husaini Omar, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, dan Prof. Madya Dr. Haji Mohd Zawavi Zainal Abidin, Rektor Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS).

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 4900
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 14 Jun 2024, 19:20:56.