Sesi Kunjungan Kumpulan SIRIM Ke Atas YB Menteri Pendidikan Tinggi

Sesi Kunjungan Kumpulan SIRIM Ke Atas YB Menteri Pendidikan Tinggi

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah menerima kunjungan daripada YBhg. Datuk Omar Shariff Mydeen, Ahli Lembaga Pengarah dan YBhg. Dato’ Indera Dr. Ahmad Sabirin Arshad, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SIRIM Berhad pada hari ini.

Sesi kunjung hormat ini bertujuan membincangkan peluang kerjasama strategik antara SIRIM Berhad bersama KPT serta institusi pendidikan tinggi (IPT) di bawah KPT.

Antaranya melibatkan penambahbaikan ekosistem pembangunan kapasiti di IPT khususnya dalam memperkasa kebolehpasaran graduan menerusi program persijilan profesional yang ditawarkan oleh SIRIM, termasuklah pemantapan aktiviti penyelidikan dan pengkomersialan.

Perbincangan yang dipengerusikan oleh YB Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pendidikan Tinggi ini turut dihadiri oleh YBhg. Dato’ Seri Abdul Razak Jaafar, Ketua Setiausaha KPT; YBhg. Dato' Dr. Haji Megat Sany bin Megat Ahmad Supian, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar); YBhg. Datuk Dr. Mohd Zabri Yusoff, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan); serta YBrs. Prof. Dr. Azlinda Azman, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi.

YB Menteri Pendidikan Tinggi menyambut baik cadangan pihak SIRIM Berhad bagi mempergiat kerjasama menerusi perkongsian kemudahan SIRIM serta pensijilan oleh SIRIM bagi memenuhi keperluan industri kearah mensasarkan kebolehpasaran graduan dengan gaji premium.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 2108
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 11 Oktober 2024, 07:37:56.

logo-sirim