Sesi Kunjungan Hormat Ketua Setiausaha Perbendaharaan Ke Atas YB Menteri Pendidikan Tinggi

Sesi Kunjungan Hormat Ketua Setiausaha Perbendaharaan Ke Atas YB Menteri Pendidikan Tinggi

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah menerima kunjungan daripada YBhg. Datuk Johan Mahmood Merican, Ketua Setiausaha Perbendaharaan dan Pasukan Belanjawan Kementerian Kewangan pada hari ini. Sesi kunjung hormat ini bertujuan membincangkan cadangan Inisiatif Belanjawan 2024 KPT untuk dijadikan sebagai input Ucapan Belanjawan 2024 yang akan dibentangkan pada 13 Oktober 2023.

Sesi perbincangan ini dipengerusikan oleh YB Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pendidikan Tinggi dan dihadiri oleh pegawai-pegawai kanan KPT serta wakil Kementerian Kewangan.

YB Menteri Pendidikan Tinggi menekankan berkaitan dengan penyelidikan dan inovasi yang dapat membantu menyelesaikan isu-isu negara dan juga komuniti akar umbi, penyediaan dan pemerkasaan bakat yang bercirikan industry-ready talent melalui pentauliahan profesional, keperluan pendigitalan serta baik pulih infrastruktur dan peralatan usang, seterusnya ‘merakyatkan ilmu’ melalui Program Pembelajaran Sepanjang Hayat.

Cadangan-cadangan ini telah dikemukakan kepada Kementerian Kewangan untuk pertimbangan Belanjawan 2024 bagi membolehkan KPT terus bergerak selari dengan Kerangka Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat yang telah dibentangkan oleh YAB Perdana Menteri.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 1675
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Selasa 21 Mei 2024, 15:10:04.