Sekitar Kemeriahan Hari Kedua Pameran Pendidikan Tinggi Bersempena Program MADANI Rakyat (PMR) 2026 Perak

Sekitar Kemeriahan Hari Kedua Pameran Pendidikan Tinggi Bersempena Program MADANI Rakyat (PMR) 2026 Perak

4 April 2026 | Ipoh, Perak

Hari kedua Pameran Pendidikan Tinggi bersempena Program MADANI Rakyat (PMR) 2026 Perak terus meriah dengan kehadiran para pengunjung yang hadir untuk mendapatkan konsultasi dan perkhidmatan yang disediakan di reruai KPT.

YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim; Perdana Menteri; YB Dato' Seri Diraja Zambry Abd Kadir, Menteri Pendidikan Tinggi; dan YBhg. Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara turut meluangkan masa melawat reruai KPT serta beramah mesra bersama-sama pegawai dan pengunjung yang hadir pada sesi tersebut.

Turut hadir ke reruai KPT ialah YBhg. Dato' Dr. Haji Megat Sany Megat Ahmad Supian, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) KPT dan YBhg. Datuk Ts. Dr. Mohd Nor Azman Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan) KPT.

Para pengunjung yang hadir ke reruai KPT berpeluang mendapatkan perkhidmatan yang ditawarkan seperti berikut:

✅ Konsultasi Kemasukan Pelajar ke Universiti Awam, Politeknik, Kolej Komuniti dan MARA Bahagian Pendidikan Tinggi;

✅ Konsultasi Pinjaman/ Bayaran Balik/ Simpan SSPN Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN);

✅ Pengakreditan Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu (APEL);

✅ Konsultasi Penawaran Biasiswa/ Bantuan Kewangan/ Bayaran Balik Penajaan KPT;

✅ Panduan Permohonan UPUOnline®️ Bagi Lepasan SPM; dan

✅ Khidmat Pelanggan.

KPT juga turut menyertai pameran kluster STEM AI dan TVET yang disertai oleh Politeknik Ungku Omar, Kolej Komuniti Chenderoh, Kolej Komuniti Tapah, Kolej Komuniti Bagan Serai, Kolej Komuniti Kuala Kangsar, Kolej Teluk Intan dan Kolej Komuniti Sungai Siput.

Jadi, moh kome warga Perak, sekiranya kome ada pertanyaan atau sebarang kemusykilan, jangan lepaskan peluang ini❗

Temui KPT di Bulatan Sultan Azlan Shah, Persiaran Meru, Ipoh, Perak sehingga 5 April 2026❗ 

  • Last updated on .
  • Hits: 180
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Khamis 09 April 2026, 08:49:04.

logo-sirim