Putrajaya FOI 2025: 68 Perjanjian Dimeterai, ROI Lebih RM158 Juta
Festival Idea Putrajaya 2025 menyaksikan pemeteraian 68 perjanjian kerjasama strategik dengan pulangan pelaburan (ROI) lebih RM158 juta.
Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir berkata, pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU), Memorandum Perjanjian (MoA), dan Surat Niat (LoI) di festival ini membuktikan komitmen berterusan Kementerian dalam memperkukuh jaringan kerjasama strategik di peringkat nasional dan antarabangsa.
“Kebanyakan kerjasama ini memberi tumpuan kepada bidang penyelidikan yang berimpak tinggi, khususnya dalam sektor kesihatan, pertanian dan pelbagai bidang lain yang memberi manfaat langsung kepada masyarakat.
Terdapat juga inisiatif berbentung perkhidmatan perkongsian dengan pihak industri contohnya pelaksanaan latihan industri yang memberi peluang kepada pelajar untuk menimba pengalaman sebenar di syarikat-syarikat berkaitan,” jelas beliau.
Menurut YB Menteri, pulangan pelaburan (ROI) pada hari pertama mencapai RM137,703,574 manakala hari kedua mencatat RM21,241,358.
Beliau berkata hari pertama melibatkan penyertaan daripada 31 universiti awam (UA) dan empat Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) dengan 31 industri, manakala hari kedua disertai oleh 22 UA dan 11 institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) dengan 34 industri.
- Terakhir dikemaskini pada .
- Hits: 377