Program Walkabout Sentuhan Kasih Mahasiswa @ KPT Prihatin di sekitar daerah Batu Pahat

YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi telah menyempurnakan Program Walkabout Sentuhan Kasih Mahasiswa @ KPT Prihatin di sekitar daerah Batu Pahat, hari ini.

Pelaksanaan program ini adalah bertujuan untuk memperkasa kebajikan dan memupuk semangat kesukarelawan yang tinggi dalam kalangan warga IPT dan KPT. Program ini turut mendapat kerjasama agensi seperti PTPTN, serta universiti-universiti awam iaitu UKM, UTHM, UTM, UiTM, UPNM, UPM, UniSZA dan UMT.

Melalui program ini, seramai 22 buah rumah pelajar telah disantuni dan telah diadakan sesi penyerahan Surat Tawaran Kemasukan Sesi 2021/2022, Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) dari PTPTN, Akaun SSPN dan biasiswa yang meliputi elaun wang saku, yuran pengajian, yuran penginapan dan tambang penerbangan.

Turut hadir ialah YBhg. Dato' Prof. Dr. Husaini b. Omar, Ketua Pengarah, Jabatan Pendidikan Tinggi, YBrs. Puan Ts. Zainab Ahmad, Ketua Pengarah, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, YBhg. Prof. Dato’ Ts. Dr. Mohd Ekhwan Hj. Toriman, Naib Canselor, UKM.

Hadir sama, YBhg. Datuk Prof. Ts. Dr. Wahid Razzaly, Naib Canselor UTHM, YBhg. Prof. Datuk Ts. Dr. Ahmad Fauzi Bin Ismail, Naib Canselor UTM, YBhg. Prof. Ts. Dr. Roziah Mohd Janor, Naib Canselor UiTM, YBhg. Prof. Dr. Mohd Roslan Bin Sulaiman, Naib Canselor UPM dan YBhg. Lt. Jen. Dato’ Hasagaya Bin Abdullah, Naib Canselor UPNM.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 7290
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Rabu 28 Februari 2024, 20:42:11.