Program Wacana Integriti : Jelajah Cakna Syariah 2023

Program Wacana Integriti : Jelajah Cakna Syariah 2023

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) melalui Unit Integriti dengan kolaborasi Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan dan Pendakwaan Syariah (BPPPS), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) hari ini telah mengadakan Program Wacana Integriti : Jelajah Cakna Syariah 2023 di Dewan Za’ba, KPT.

Program ini merupakan platform bagi membina ruang ilmiah, kefahaman dan kesedaran kepada masyarakat tentang kesalahan di bawah Akta/Enakmen Undang-Undang Jenayah Syariah dan hukumannya kepada pelaku yang telah melakukan pelanggaran terhadap undang-undang tersebut.

Antara kandungan Wacana Jelajah Cakna Syariah ini memfokuskan kepada isu yang semakin ‘viral’ dan hangat dibincangkan di media sosial iaitu ‘Orang Ketiga Dalam Undang – Undang Jenayah Syariah’.

Ia juga sebagai pendedahan kepada para penjawat awam yang mana seseorang penjawat awam boleh dikenakan tindakan tatatertib di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) sehingga hukuman buang kerja dan turun pangkat.

Program ini telah dihadiri oleh seramai 350 orang peserta yang terdiri daripada warga KPT dan Jabatan/Agensi di bawahnya, wakil-wakil JAKIM serta turut dihadiri para peserta daripada lain-lain Kementerian.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 1637
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Khamis 18 April 2024, 14:41:25.