Program Misi Bantuan Banjir di Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) Sungai Pandan, Paya Besar, Kuantan, Pahang

28 Disember 2021

Program Misi Bantuan Banjir di negeri Pahang diteruskan hari ini oleh YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi dengan menyertai para sukarelawan IPT dalam program pembersihan Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) Sungai Pandan, Paya Besar, Kuantan, Pahang.

YB Datuk Seri Dr. Noraini bersama lebih 350 orang para sukarelawan pelajar dan kakitangan UMP, UniSZA, UMT, Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Politeknik Muadzam Shah, Politeknik Ibrahim Sultan, Kolej Komuniti Kuantan, bergotong-royong melupuskan barangan dan peralatan rosak di kediaman para penduduk setempat.

Kemudiannya, YB Menteri bersama kira-kira 100 orang para sukarelawan UPM, UNIMAP dan UPM membantu membersihkan kediaman penduduk di Teluk Mahang, Kuantan.

Turut hadir Dr Mohd Zabri Yusoff, Timbalan Ketua Setiausaha(Pengurusan dan Pembangunan), Prof Dato' Dr Husaini Omar, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi serta naib-naib canselor universiti awam dan pengarah-pengarah politeknik dan kolej komuniti terbabit.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 5708
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 19 Julai 2024, 10:52:23.