KPT - Program Libat Urus Menteri Pengajian Tinggi bersama Ketua Eksekutif syarikat Kumpulan PROLINTAS

Program Libat Urus Menteri Pengajian Tinggi bersama Ketua Eksekutif syarikat Kumpulan PROLINTAS

YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi hari ini menghadiri Program Libat Urus Menteri Pengajian Tinggi bersama YBhg. Dato’ Mohammad Azlan Abdullah, Ketua Eksekutif syarikat Kumpulan PROLINTAS di Kuala Lumpur.

Program CEO@Faculty ini turut disertai oleh pelajar-pelajar dari UPM dan UKM.

Program CEO@Faculty ini bertujuan menghimpunkan Ketua Eksekutif atau CEO dan pemain industri terkemuka tempatan dan antarabangsa di Malaysia untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman mereka dengan pelajar dan komuniti universiti.

Dengan merapatkan jurang swasta-awam dan mengukuhkan hubungan industri-akademik, Kementerian berharap dapat meningkatkan penawaran universiti dan inisiatif pemindahan pengetahuan dengan industri.

Turut hadir ialah YBrs. Dr Mohd Zabri Yusoff, Timbalan Ketua Setiausaha, Kementerian Pengajian Tinggi dan YBhg. Prof. Dato’ Dr Husaini Omar, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 606
Logo KPT
Portal Rasmi Kementerian Pengajian Tinggi © Hak Cipta Terpelihara
Kemaskini terakhir: Jumaat 28 Januari 2022, 16:45:24.