Program British Educational Training And Technology Show (BETT) Asia 2024

Program British Educational Training And Technology Show (BETT) Asia 2024

Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), YBhg. Dato’ Dr. Haji Megat Sany Megat Ahmad Supian telah menyempurnakan Program British Educational Training and Technology Show (BETT) Asia 2024 pagi tadi.

BETT Asia merupakan sebuah persidangan dan ekspo teknologi pendidikan terkemuka di rantau Asia yang menghimpunkan peneraju/ pembuat dasar dan pemain industri dalam bidang teknologi pendidikan dari seluruh Asia dan dunia. BETT Asia kali ini telah menghimpunkan seramai 3,900 orang pemimpin, pendidik dari pelbagai peringkat serta lebih 40 syarikat pelabur dan EdTech startups.

Kementerian Pendidikan tinggi selaku rakan strategik Bett Asia 2024 memberikan sokongan sepenuhnya penganjuran program ini yang mana ianya dapat membuka peluang untuk mempertingkatkan kolaborasi strategik/ jalinan kerjasama di peringkat antarabangsa serta memastikan aspirasi pendidikan tinggi negara selari dengan arus pembangunan teknologi dalam pendidikan tinggi di peringkat global.

Turut hadir, Pemangku Pesuruhjaya Tinggi United Kingdom ke Malaysia, Encik David Wallace, Ketua Pengarah Eksekutif, Hyve Group UK, Encik Duncan Verry dan Setiausaha Bahagian Hubungan Antarabangsa, KPT, Datin Noorazah binti Omar. 

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 1171
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 07 Februari 2025, 10:01:10.

logo-sirim