Prof. Dr. Norkhalid Salimin Dilantik Semula TNC (HEPA) UPSI

Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir telah menyampaikan surat pelantikan semula kepada Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Prof. Dr. Norkhalid Salimin di pejabatnya pada pagi tadi.
Prof. Dr. Norkhalid telah menerima surat pelantikan semula ke jawatan tersebut untuk tempoh dua (2) tahun berkuat kuasa 1 November 2024 hingga 31 Oktober 2026.
Pelantikan semula ini akan membolehkan beliau meneruskan program-program pembangunan pelajar yang telah dirancang ke arah mencapai hala tuju dan aspirasi universiti.
- Terakhir dikemaskini pada .
- Hits: 1021