PM menyerahkan Surat Pelantikan kepada Pengerusi Lembaga Pengarah UMK disaksikan oleh YBM

YAB Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Perdana Menteri menyerahkan surat pelantikan kepada YBhg. Tan Sri Hj. Mohamad Fatmi Hj. Che Salleh sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Malaysia Kelantan (UMK) disaksikan oleh YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi di Parlimen hari ini.

Pelantikan ini berkuat kuasa mulai 1 November 2021 sehingga 31 Oktober 2024 selaras dengan Seksyen 17(1)(a) Perlembagaan UMK.

Tahniah diucapkan kepada YBhg. Tan Sri dan selamat bertugas.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 4684
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Rabu 29 Mei 2024, 21:46:47.