PM Ajak Rakyat Berpadu Usaha Perhebatkan Kembali Malaysia

PM Ajak Rakyat Berpadu Usaha Perhebatkan Kembali Malaysia

“Kita kena pertahan semangat bahawa negara ini milik semua rakyat. Kesatuan dan perpaduan ini (perlu) dipupuk untuk dijamin masa depannya mulai sekarang.

Mari kita manfaat waktu yang ada di sisa-sisa hidup kita ini untuk berbuat bakti kepada diri, keluarga dan masyarakat kita dan yakinlah negara ini bukan biasa. Negara ini punya hasil-mahsul yang hebat melimpah ruah".

Perdana Menteri, YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim menitipkan pesanan demikian sewaktu menyampaikan Amanat Hari Kebangsaan 2023 beliau yang turut dihadiri oleh Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin dan Timbalannya, YB Dato' Haji Mohammad Yusof Apdal petang tadi.

Lebih 7,000 hadirin memenuhi Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) yang terdiri daripada para wakil masyarakat, penjawat awam, mahasiswa serta pasukan beruniform.

Dalam amanatnya juga, YAB Perdana Menteri menuntut agar semua lapisan rakyat tanpa mengira warna kaum dan agama untuk mencapai aspirasi "merdeka rakyat" iaitu menjadi sebuah masyarakat yang minda dan jiwanya merdeka dan tidak dibelenggu dengan mentaliti atau naratif penjajah.

Selain itu, beliau turut menyeru kesepaduan seluruh rakyat Malaysia untuk menggembleng usaha dalam memacu negara berdasarkan kerangka Ekonomi MADANI dalam melakar kembali nama Malaysia di peta kemegahan dunia.

Hadir sama barisan pengurusan tertinggi KPT termasuk dari Jabatan, Agensi serta para Naib Canselor universiti awam.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 2832
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Khamis 03 Oktober 2024, 04:17:23.

logo-sirim