Perkasa Agenda Keusahawanan: UMK Kongsi Pencapaian dan Hala Tuju Bersama KSU KPT

8 Julai 2026 I Putrajaya
Naib Canselor Universiti Malaysia Kelantan (UMK), YBhg. Dato' Prof. Ir. Ts. Dr. Arham bin Abdullah dan delegasi telah mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), YBhg. Datuk Ts. Dr. Hj. Aminuddin bin Hassim di Putrajaya hari ini.
Sesi dimulakan dengan pengenalan mengenai UMK serta taklimat ringkas berhubung perkembangan semasa universiti yang merangkumi pencapaian, inisiatif strategik dan hala tuju institusi dalam memperkukuh peranannya sebagai universiti berteraskan keusahawanan.
Turut dibincangkan ialah urusan pentadbiran universiti dalam memastikan operasi dan pelaksanaan agenda pembangunan institusi secara mampan.
Sesi ini dimanfaatkan untuk bertukar pandangan serta membincangkan pelbagai inisiatif yang mampu menyokong pembangunan institusi, memperkasa agenda keusahawanan dan menyumbang kepada kemajuan pendidikan tinggi negara.
- Last updated on .
- Hits: 130
