Perjumpaan KSU bersama dengan Enam Pegawai Home-Based Staff (HBS) yang telah melaporkan diri ke Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)

Datuk Seri Dr. Mazlan Yusoff, Ketua Setiausaha KPT hari ini mengadakan perjumpaan dengan enam pegawai Home-Based Staff (HBS) yang telah melaporkan diri ke Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) baru-baru ini untuk memulakan tugas mereka.

Para pegawai HBS ini masing-masing ditempatkan di enam Pejabat Education Malaysia (EM) di luar negara sebagai Pengarah serta Atase Pendidikan. Mereka dijangka akan bertolak ke negara penempatan mulai penghujung Oktober 2021.

Education Malaysia (EM) berperanan sebagai organisasi strategik dan bertindak sebagai One Stop Centre bagi semua aspek pendidikan tinggi negara.

Turut hadir Datuk Rosli Yaakub, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan).

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 6208
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Khamis 25 Julai 2024, 04:35:17.

logo-sirim