Perjumpaan Bersama Pelajar Oxford University

Perjumpaan Bersama Pelajar Oxford University

YB Datuk Seri Dr Noraini Ahmad hari ini menemui para pelajar Malaysia di Oxford University dalam sesi sembang santai dan soal jawab berkenaan isu-isu pendidikan tinggi negara.

Oxford University merupakan universiti terbaik di UK dan antara lima buah universiti terbaik di dunia selain Universiti Harvard, MIT dan Universiti Cambridge.

Terdapat kira-kira 100 orang warganegara Malaysia yang kini melanjutkan pengajian di universiti tersebut dalam pelbagai bidang.

Turut hadir TKSU PP, KPPT, Ketua Pegawai Eksekutif MQA dan Pengerusi EMGS

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 3414
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Isnin 27 Mei 2024, 18:16:03.