Perdana Menteri Rasmikan Program Pameran MADANI Rakyat (Zon Timur) Dan Luang Masa Di Reruai KPT
YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah merasmikan Program Pameran Madani Rakyat (PMR) 2024 (Zon Timur) pada petang ini dan turut meluangkan masa hadir serta melawat reruai-reruai Kementerian termasuk reruai Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT). Turut mengiringi ialah YAB Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
Pada program ini, KPT turut menyertai reruai Kluster Pameran Perkhidmatan Kementerian-kementerian melalui Pameran Pendidikan Tinggi bertemakan ‘Selangkah Ke IPT’. Antara perkhidmatan yang disediakan adalah:
Konsultasi/ Rayuan Ke Institusi Pendidikan Tinggi (IPT);
Konsultasi Pinjaman/ Bayaran Balik/ Simpan SSPN Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN);
Pengakreditan Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu (APEL);
Tawaran Program Penajaan/ Biasiswa dan Bantuan Kewangan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT); dan
Khidmat Pelanggan.
Masih berbaki sehari lagi untuk orang ramai hadir berkunjung ke reruai KPT yang mana akan berakhir pada esok petang. Jadi, seluruh orang Kuantan khususnya, moh rodong-rodong ke reruai KPT!
- Terakhir dikemaskini pada .
- Hits: 970