Penyerahan Perantisiswa Di UTeM

Penyerahan Perantisiswa Di UTeM

Sempena pelancaran program KPT Prihatin Tuah UTeM Sejahtera semalam, YB Menteri bersama YAB Ketua Menteri Melaka telah menyempurnakan penyerahan PerantiSiswa kepada 50 orang pelajar dari UTeM, UiTM, Politeknik Melaka, Politeknik Merlimau dan Melaka International College of Science and Technology (MiCoST).

Pakej PerantiSiswa Keluarga Malaysia adalah inisiatif kerajaan dengan kerjasama syarikat telekomunikasi terpilih untuk membekalkan sebuah peranti tablet kepada setiap pelajar B40 di IPT bagi membantu proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) mereka.

Seramai 65,898 mahasiswa dari seluruh negara memohon kemudahan peranti di bawah Program Peranti Siswa Keluarga Malaysia fasa kedua dalam tempoh sebulan bermula 1 Ogos lalu.

Permohonan fasa kedua masih dibuka sehingga 30 September 2022 melalui https://perantisiswa.kkmm.gov.my/

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 3267
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 08 Disember 2023, 17:12:30.