Penyelidikan & Inovasi Politeknik Nilai Hasilkan Anggur ‘Jupiter’

Penyelidikan & Inovasi Politeknik Nilai Hasilkan Anggur ‘Jupiter’

Sejurus selesai perasmian Majlis Penutup MyPOLYCC Sports Carnival 2023, Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin telah berkesempatan untuk melawat dan seterusnya merasmikan tapak tanaman anggur jenis 'jupiter' di Vineyard Edugarden@PNS.

Tapak tanaman anggur tersebut adalah merupakan inisiatif daripada Jabatan Agroteknologi dan Bio-Industri, iaitu antara salah satu jabatan pengajian yang ada di Politeknik Nilai, Negeri Sembilan (PNS).

Melalui penyelidikan, inovasi serta kegigihan, terbukti penanaman anggur di negara ini boleh dilakukan.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 1797
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Khamis 20 Jun 2024, 11:05:30.