Penyampaian Penghargaan Kepada Yayasan Sime Darby

Semasa di Hab Pendidikan Tinggi Pagoh (HPTP),hari ini, YB Datuk Seri Dr Noraini Ahmad Menteri Pengajian Tinggi hadir ke sesi penyampaian penghargaan kepada Yayasan Sime Darby. Sesi ini diadakan untuk memberi penghargaan kepada Yayasan Sime Darby yang bersetuju memberi sumbangan dana bernilai RM 1.8 juta bagi penubuhan Poliklinik Primer Pendidikan Pagoh. Penubuhan poliklinik ini bakal memberi manfaat kepada 10 000 orang warga HPTP dari segi perkhidmatan klinik pesakit luar, pergigian, fisioterapi, radiologi makmal perubatan dan bilik sakit (sick bay). Yayasan Sime Darby diwakili oleh Encik Kamarul Ariffin Abdul Samad, Pengurus Besar Sime Darby Property Sdn Bhd. Turut serta Datuk Seri Dr Mazlan Yusof, Ketua Setiausaha KPT, Dr Mohd Zabri Yusoff, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) KPT, Datuk Rosli Yaakub, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan) KPT, Prof. Dato' Dr. Mohd Ekhwan Bin Toriman, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi (Akademik dan Pembangunan),Jabatan Pendidikan Tinggi, Ts Haji Muhamad Rumzi Mamat, Pengarah Bahagian Perancangan Program dan Institusi, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 7166
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 14 Jun 2024, 19:20:56.