Pelantikan Naib Canselor UPNM Baharu

Pelantikan Naib Canselor UPNM Baharu

Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin pada petang ini telah menyampaikan surat pelantikan Naib Canselor Universiti Pertahanan Nasional (UPNM) yang baharu kepada YBhg. Leftenan Jeneral Datuk Mardzuki Muhammad, Panglima Medan Timur Tentera Darat. Pelantikan ini berkuat kuasa mulai 19 Jun 2023 yang lalu.

YBhg. Leftenan Jeneral Datuk Mardzuki Muhammad mempunyai latar belakang pendidikan yang cemerlang, pengalaman yang luas dan kepakaran dari aspek regimental ketenteraan untuk menerajui tampuk kepimpinan UPNM. Beliau mampu untuk memperkasakan sistem pembelajaran yang komprehensif dan latihan yang berorientasikan pertahanan sebagai tunjang utama dalam pendidikan UPNM bagi melahirkan graduan yang berkualiti.

Kementerian yakin dengan pelantikan beliau sebagai Naib Canselor UPNM ke-7 berupaya meningkatkan kerjasama dan jaringan kolaborasi di kalangan institusi pendidikan tinggi, industri, pemegang taruh dan agensi kerajaan dalam membangunkan teknologi pertahanan terkini serta inovasi keselamatan sekaligus memacu kecemerlangan pembangunan pendidikan tinggi negara.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 1618
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 19 April 2024, 16:56:01.