Pelaksanaan Jualan Murah Keluarga Malaysia Siswa (JMKMSiswa) Bakal Bantu Pelajar Berjimat

Pelaksanaan Jualan Murah Keluarga Malaysia Siswa (JMKMSiswa) Bakal Bantu Pelajar Berjimat

YBhg. Dato' Dr. Haji Megat Sany Megat Ahmad Supian, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) KPT telah menghadiri majlis pelancaran Program Jualan Murah Keluarga Malaysia Siswa (JMKMSiswa) yang telah disempurnakan oleh YB. Tan Sri Haji Noh Omar, Menteri Keusahawanan dan Pembangunan Koperasi Malaysia (KUSKOP) di Universiti Kebangsaan Malaysia pagi tadi.
JMKMSiswa merupakan salah satu inisiatif yang telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri sempena Majlis Kemuncak Semarak Patriotik IPT 2022 pada 15 September lalu bagi membantu mengurangkan beban perbelanjaan harian pelajar di IPT.
Program di bawah KUSKOP tersebut bakal menawarkan aneka barangan keperluan harian pelajar yang akan dijual pada harga yang lebih murah melalui 13 kedai koperasi dan 7 pusat keusahawanan UA seluruh negara.
YBhg. Dato' Dr. Megat dalam ucapan alu-aluannya turut merakamkan penghargaan kepada KUSKOP atas kerjasama yang dihulurkan bagi membawa inisiatif ini ke kampus yang bukan sahaja dapat membantu para pelajar malah turut memberi peluang kepada mereka untuk melibatkan diri dalam bidang keusahawanan di peringkat koperasi.
Dalam majlis yang sama, YB. Menteri KUSKOP turut menyerahkan tablet di bawah inisiatif PerantiSiswa kepada kira-kira 30 orang mahasiswa UKM mewakili 7701 pemohonan yang telah diluluskan.
Turut sama YBhg. Dato’ Suriani Dato’ Ahmad, KSU KUSKOP, YBhg. Prof. Dato' Gs. Ts. Dr. Mohd Ekhwan Hj. Toriman, Naib Canselor UKM serta wakil-wakil Pusat Keusahawanan dan Koperasi UA seluruh negara.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 3299
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 24 Mei 2024, 17:03:21.