Pasukan KPT Prihatin telah menziarahi warga KPT yang terkesan banjir di Sekitar Kg. Bukit Changgang, Banting

31 Disember 2021 | Kg. Bukit Changgang, Banting

Alhamdulillah, Pasukan KPT Prihatin telah menziarahi warga KPT yang terkesan banjir di Sekitar Kg. Bukit Changgang, Banting.

YBhg. Dato' Seri Abdul Razak Jaafar, Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi telah mengetuai misi, hadir memberi semangat, sokongan moral dan turut menyampaikan sumbangan kepada 3 orang warga KPT yang terkesan iaitu Puan Zainon binti Tohid (Bahagian Pembangunan KPT), Puan Amy Shakira Saliman @Hamdan (Bahagian Akaun, KPT) dan Puan Rusaily Salwatie Mohd Kamil (Pusat Petugas ICT, JPPKK)

Misi turut disertai oleh YBrs. Dr. Mohd. Zabri Yusoff, Timbalan Ketua Setiausaha (PP) dan team Warga KPTprihatin.

Didoakan semoga warga yang terkesan akan segera bangkit dan kuat menghadapi ujian pasca banjir kelak, in shaa Allah

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 7636
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Selasa 16 April 2024, 08:56:15.