Misi Bantuan Pasca Banjir KPT ke Bangi dan Dengkil

4 Januari 2022

Misi Bantuan Pasca Banjir KPT hari ini diteruskan dengan lawatan YB Menteri Pengajian Tinggi ke Bangi dan Dengkil bagi menyantuni warga KPT dan UKM yang terkesan dengan musibah banjir.

Dalam misi ziarah ini YB Menteri menyampaikan sumbangan kelengkapan asas rumah dah bantuan tunai yang disumbangkan oleh UKM, Alumni UKM dan Pusat Zakat UKM untuk meringankan beban mereka.

Turut hadir Prof. Emeritus Dato' Dr. Mohamad Abd. Razak, Pengerusi LPU UKM, Prof. Dato’ Dr. Husaini Omar, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Prof. Dato' Ts. Dr. Mohd Ekhwan Hj Toriman, Naib Canselor UKM, Prof. Dato' Dr. Norazah Mohd Nordin, TNC JIAM UKM dan Prof. Dato' Dr. Hanafiah Harunarashid, Pro NC Kampus Kuala Lumpur.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 4428
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Selasa 09 April 2024, 09:42:49.