Mesyuarat Jawatankuasa PUSPANITA Cawangan KPT Bil. 3/2022 & Program Sehari bersama PUSPANITA Cawangan KPT 2022

Mesyuarat Jawatankuasa PUSPANITA Cawangan KPT Bil. 3/2022 & Program Sehari bersama PUSPANITA Cawangan KPT 2022

YBhg Datin Seri Arida Abdul Razak, Pengerusi PUSPANITA Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah mengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa PUSPANITA KPT Bilangan 3 Tahun 2022 di sini, hari ini.

Mesyuarat hari ini diadakan bertujuan untuk membentangkan laporan pelaksanaan program 2022 yang telah dilaksanakan di samping memperkukuhkan perancangan hala tuju PUSPANITA KPT bagi tahun 2023.Turut hadir Exco Tertinggi Jawatankuasa serta ahli-ahli PUSPANITA Cawangan KPT.

Sejurus selepas itu, YBhg. Datin Seri Rosni Omar, penaung PUSPANITA cawangan KPT telah menyempurnakan Majlis Sehari Bersama PUSPANITA Cawangan KPT 2022.

Pelbagai aktiviti menarik diadakan bagi memeriahkan program seperti Aerodance, demonstrasi solekan dan pemakaian tudung, Pertandingan Busana Warisan, Program Derma Darah dengan kerjasama Pusat Darah Negara serta Program Kesedaran Pencegahan Jenayah.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 2294
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 17 Mei 2024, 15:30:11.