Mesyuarat Dua Hala Malaysia–United Kingdom Perkukuh Agenda Pendidikan Tinggi

Mesyuarat Dua Hala Malaysia–United Kingdom Perkukuh Agenda Pendidikan Tinggi

Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir telah menerima kunjungan hormat daripada Menteri Kemahiran United Kingdom, The Rt Hon Baroness Jacqui Smith semalam sempena Mesyuarat Dua Hala Malaysia–United Kingdom Mengenai Pendidikan Tinggi.

Mesyuarat ini menjadi platform penting dalam memperkukuhkan hubungan strategik dua hala antara Malaysia dan United Kingdom dalam bidang pendidikan tinggi.

Antara perkara utama yang telah dibincangkan meliputi:

🔹 Mobiliti pelajar dan pensyarah antara kedua-dua negara;

🔹 Kerjasama penyelidikan dalam bidang berimpak tinggi seperti Kecerdasan Buatan (AI), Sains Iklim, Tenaga Hijau dan Bioteknologi;

🔹 Pengiktirafan bersama kelayakan akademik serta rujukan kerangka kelayakan;

🔹 Pemantapan program Pendidikan Transnasional (TNE) melalui pendekatan bersama yang lebih kolaboratif; dan

🔹 Perkongsian dasar dalam bidang Kemahiran dan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET).

Mesyuarat ini turut membuka ruang ke arah pelaksanaan inisiatif bersama yang lebih inklusif, responsif terhadap keperluan industri, serta selaras dengan Pelan Tindakan Pendidikan Tinggi 2025–2035.

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) komited untuk terus memacu kerjasama strategik antarabangsa demi memperkukuh ekosistem pendidikan tinggi negara ke arah kecemerlangan di peringkat global. 

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 341
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Isnin 08 September 2025, 09:32:49.

logo-sirim