Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) 2021 dan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-9 (AGM), Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya (UM) yang dipengerusikan oleh YBM

YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi telah mempengerusikan Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) 2021 dan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-9 (AGM), Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya (UM) hari ini.

YB Menteri juga telah menyempurnakan Majlis Penyerahan Mock Cheque sebagai tanda penghargaan dan terima kasih atas sumbangan berjumlah RM 736,5000 daripada Yayasan Peneraju, Al-Rajhi Bank Malaysia, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Turut diadakan adalah Majlis Penyerahan Bantuan Laptop bagi Projek Bantuan Laptop 2021 untuk Siswa Asnaf seramai 50 orang pelajar daripada Universiti Awam (UA), Politeknik dan Kolej Komuniti.

Dalam majlis sama, penyerahan replika cek bernilai RM300,000 kepada YB Dato’ Dr. Mah Hang Soon, Timbalan Menteri Pendidikan 1 bagi pelaksanaan Projek Tuisyen Percuma Pelajar B40 SPM 2021 (Bring Ultimate Learning Borderless).

Program Tuisyen Percuma ini akan dilaksanakan oleh YSS dan akan memberi manfaat kepada 2000 orang pelajar SPM 2021 di 7 buah negeri iaitu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor, Perak, Johor, Negeri Sembilan, Kelantan & Sarawak.

Turut hadir, Dato’ Dr Mah Hang Soon, Timbalan Menteri Pendidikan I, YBhg. Datuk Seri Dr. Mazlan Yusoff, Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi, YBhg. Prof. Dato’. Dr. Husaini Omar, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi dan YBhg. Prof. Emerita Dato’ Seri Dr. Mazlan Othman, Pengerusi YSS, Encik Wong Kin Lun, Ketua Pegawai Eksekutif YSS, Barisan Ahli Lembaga Pemegang Amanah/Pengarah YSS.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 5894
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Rabu 28 Februari 2024, 20:42:11.