Menteri Tinjau Program Semarak Siswa MADANI Pahang

Menteri Tinjau Program Semarak Siswa MADANI Pahang

Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin telah turun meninjau pelaksanaan program Semarak Siswa MADANI Pahang yang dijayakan oleh empat (4) buah Universiti Awam (UA) di dua lokasi, Dataran Simpang Pelangai dan Taman Telemong Jaya hari ini.

Program pemindahan ilmu dan kesukarelawanan menggabungkan tenaga pengajar, pakar dan mahasiswa dari UA itu telah diisi dengan program khidmat komuniti termasuk konsultasi dan rawatan kesihatan, serta servis asas motosikal.

Para pengunjung yang hadir berpeluang menjalankan pemeriksaan kesihatan secara percuma kendalian Hospital Pakar Kanak-kanak Universiti Kebangsaan Malaysia (HPKK UKM) dan Hospital Sultan Abdul Aziz Shah Universiti Putra Malaysia (HSAAS UPM).

Selain itu, masyarakat sekitar turut berpeluang mendapatkan servis asas motosikal percuma yang dijayakan oleh mahasiswa Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).

YB Menteri turut melakukan program ziarah kasih ke beberapa buah rumah bersama petugas HPKK UKM dan HSAAS UPM bagi memberikan rawatan kepada penduduk di sekitar tersebut.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 2309
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Sabtu 24 Februari 2024, 09:25:25.