Menteri Terima Pembentangan Hasil Diskusi Program Pengukuhan Pelan Tindakan Landasan Hala Tuju Pendidikan Tinggi 2024

Menteri Terima Pembentangan Hasil Diskusi Program Pengukuhan Pelan Tindakan Landasan Hala Tuju Pendidikan Tinggi 2024

Usai bersama pengurusan tertinggi AKEPT, Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir terus ke agenda utama beliau hari ini iaitu untuk mendengar dapatan diskusi Program Pengukuhan Landasan Hala Tuju Pendidikan Tinggi 2024.

Sebanyak lima (5) pembentangan telah disampaikan berkaitan lima (5) Fokus dan 20 Landasan Hala Tuju sebagaimana yang telah diumumkan oleh YB Menteri pada 12 Januari lalu.

YB Dato' Seri Diraja Dr. Zambry turut menyampaikan rumusan serta harapan beliau terhadap kesemua dapatan program tersebut.

Hadir sama program di AKEPT tersebut Timbalan Menteri, YB Datuk Ts. Mustapha Sakmud; Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) KPT yang turut menjalankan fungsi Ketua Setiausaha KPT, Dato' Dr. Haji Megat Sany Megat Ahmad Supian; serta Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan) KPT, Mohamad Azhan Md. Amir. 

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 1226
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 11 Oktober 2024, 07:37:56.

logo-sirim