Menteri, Pengurusan Tertinggi KPT Sertai Sesi Perkongsian Ilmu Bersama Ahli Akademik Terkenal Dari Harvard Business School

Menteri Pendidikan Tinggi, Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir bersama Pengurusan Tertinggi KPT telah menyertai sesi perkongsian ilmu bersama ahli akademik terkenal dari Harvard Business School, Profesor Richard Vietor di Putrajaya, petang tadi.
Beliau telah berkongsikan mengenai tahap risiko ekonomi dunia pada ketika ini berikutan beberapa faktor seperti geopolitik, kesihatan, ekonomi serta perubahan iklim.
Dalam pembentangannya juga, beliau turut memberikan cadangan penyelesaian serta langkah mengatasi kemelut dan permasalahan yang berlaku.
Prof. Richard Vietor adalah pakar terkemuka dalam bidang perniagaan antarabangsa, strategi, dan pembangunan ekonomi.
Pengalaman kerjaya cemerlang beliau melebihi tiga dekad, telah memberikan sumbangan besar dalam memahami amalan perniagaan global dan implikasinya terhadap pengurusan strategi.
Penyelidikan mendalam mengenai kesan sistem politik dan ekonomi terhadap strategi perniagaan, bersama pengalaman praktikal dalam memberi nasihat kepada syarikat multinasional, menjadikannya sebagai pemikir utama yang sangat dihormati.
Turut bersama dalam sesi berkenaan adalah Ketua Setiausaha KPT, Dato' Seri Ir. Dr. Zaini Ujang dan Timbalan Ketua Setiausaha, Dato' Dr. Haji Megat Sany Megat Ahmad Supian.
Beliau dijadual akan menyertai program 19th Senior Management Development Program anjuran Harvard Business School Alumni Club of Malaysia di Bangi bermula 18-20 September 2024.
- Terakhir dikemaskini pada .
- Hits: 1077