Menteri Haji Dan Umrah Arab Saudi Terima Ijazah Doktor Kehormat UTM

Menteri Haji Dan Umrah Arab Saudi Terima Ijazah Doktor Kehormat UTM

Jasa TYT Dr. Tawfiq Fawzan Muhammed Alrabiah yang telah melaksanakan beberapa inovasi dan inisiatif ketika memegang portfolio Menteri Kesihatan Arab Saudi (2016-2021) tatkala dunia diancam pandemik COVID-19 telah berjaya mengawal serta mengekang penularannya sehingga ibadah haji berjaya dilaksanakan dengan sejahtera.

Maka, sebagai mengiktiraf komitmen dan kepimpinan beliau, pihak Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah menganugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Pengurusan kepada TYT Dr. Tawfiq yang kini dilantik Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi.

Majlis tersebut disempurnakan oleh YB Dato’ Seri Mohamed Khalid Nordin, Menteri Pendidikan Tinggi serta disaksikan oleh YBhg. Dato' Seri Abdul Razak Jaafar, Ketua Setiausaha KPT, YBhg. Tan Sri Azman Mokhtar, Pengerusi Lembaga Pengarah UTM dan YBhg. Prof. Datuk Ir. Ts. Dr. Ahmad Fauzi Ismail, Naib Canselor UTM.

Penganugerahan tersebut diharap dapat memperkasa kerjasama strategik sedia ada KPT-Arab Saudi dalam membangunkan program penyelidikan, inovasi serta akademik dengan UTM serta IPT yang lain.

Malah, Kementerian berharap ia turut dapat memperkaya pengalaman melalui perkongsian kepakaran staf dalam menambah baik pengurusan ibadah haji dan umrah Malaysia.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 3158
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 11 Oktober 2024, 07:37:56.

logo-sirim