Malaysia Madani: Haluan Baharu Pembangunan Negara

Malaysia Madani: Haluan Baharu Pembangunan Negara

YB. Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pendidikan Tinggi telah menghadiri Majlis Amanat Perdana Menteri yang bertajuk "Membangun Malaysia Madani" di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pagi tadi.

Dalam persidangan yang turut dihadiri oleh barisan jemaah menteri serta para pemimpin negeri dan jabatan kerajaan itu, YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim telah mengungkapkan kerangka dasar MADANI sebagai hala tuju baharu pembangunan Malaysia.

Dalam ucapannya, YAB Perdana Menteri telah menggariskan 6 tonggak dasar MADANI iaitu Kemampanan; Kesejahteraan; Daya Cipta; Hormat; Keyakinan; dan Ihsan.

Agenda MADANI ini bukan sahaja bakal menumpukan terhadap penyelesaian masalah dan memenuhi keperluan semasa negara tapi turut menyentuh pencorakan masa depan serta memenuhi potensi rakyat dan negara.

Penjayaan gagasan ini akan merangkumi 8 keperluan berikut iaitu Ekonomi dan Kewangan; Perundangan; Pendidikan; Kemasyarakatan; Budaya; Bandar; dan Luar Bandar.

Turut dilancarkan buku yang bertajuk "Membangun Negara MADANI: Visi dan Kerangka Dasar Reformasi" naskhah nukilan YAB Perdana Menteri yang menghuraikan secara tuntas idea, definisi dan harapan beliau dalam membawa Malaysia ke era baharu.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 4167
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Khamis 18 April 2024, 14:41:25.