Majlis Serah Tugas YB Menteri Pendidikan Tinggi
Sesi Serah Tugas antara YB Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pendidikan Tinggi dengan YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, mantan Menteri Pengajian Tinggi telah berlangsung di sini petang tadi.
Sesi tersebut telah disaksikan oleh YB. Dato' Mohammad Yusof Haji Apdal, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi dan YBhg. Dato' Seri Abdul Razak Jaafar, Ketua Setiausaha KPT.
YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad yang merupakan mantan Menteri Pengajian Tinggi telah menerajui KPT pada 10 Mac 2020 hingga 16 Ogos 2021 sebelum dilantik semula ke portfolio yang sama pada 30 Ogos 2021.
Sepanjang perkhidmatannya sebagai Menteri Pengajian Tinggi, YB. Datuk Seri Dr Noraini telah memperkenalkan pelbagai inisiatif antaranya MANTAP IPTA, PEMUDAH IPTS, UNiTY, FOOD@CAMPUS, VACC2CAMPUS, RTK@CAMPUS, GETHIRED@KPT, EXCEL, APEL Q, dan juga program SULUNG.
Malah, keprihatinan dan kesungguhan beliau dalam memastikan segala keperluan asas terutamanya kesihatan, kebajikan dan keselamatan warga pendidikan tinggi terjaga telah turut menggerakkan warga KPT dalam usaha menangani COVID-19 dan bencana banjir 2021 lalu.
Dalam ucapannya, beliau mengalu-alukan pelantikan YB Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin sebagai Menteri Pendidikan Tinggi dan percaya di bawah kepimpinan baharu ini pencapaian serta kesejahteraan institusi pendidikan tinggi negara dapat melonjak ke tahap yang lebih memberangsangkan di masa hadapan.
Turut hadir ke majlis petang tadi adalah barisan kepimpinan tertinggi KPT, agensi dan naib-naib canselor IPTA.
- Terakhir dikemaskini pada .
- Hits: 4984