Majlis Riang Ria Raya KPT Meriah
Pekarangan bangunan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) meriah dikunjungi lebih 4,000 orang tetamu yang hadir dalam Majlis Riang Ria Raya KPT pagi tadi.
Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir dan Timbalannya, YB Datuk Ts. Mustapha Sakmud bersama-sama menyambut serta beramah mesra dengan para tetamu yang hadir.
Antaranya termasuklah ahli-ahli lembaga pengurusan universiti, naib-naib canselor, para pelajar IPT, wakil-wakil industri serta para pemimpin komuniti dan duta-duta asing.
Kehadiran Perdana Menteri, YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim serta beberapa menteri kabinet lain telah turut menyerikan lagi majlis tersebut.
Pelbagai juadah tradisional dan moden bertemakan Aidilfitri telah dihidangkan sambil para tetamu berbual mesra dan bertanya khabar sesama mereka.
Turut sama melayani para jemputan Ketua Setiausaha (KSU) KPT, YBhg. Dato' Seri Ir. Dr. Zaini Ujang; Timbalan KSU (Dasar) KPT, YBhg. Dato' Dr. Haji Megat Sany Megat Ahmad Supian; serta barisan pengurusan tertinggi Kementerian.
- Terakhir dikemaskini pada .
- Hits: 1018