Majlis Profesor Negara Adakan Kunjung Hormat ke KPT

Majlis Profesor Negara Adakan Kunjung Hormat ke KPT

YBhg Dato' Seri Abdul Razak Jaafar, Ketua Setiausaha KPT hari ini telah menerima kunjungan hormat daripada YBhg Prof Emeritus Datuk Dr Raduan Che Rose, Presiden Majlis Profesor Negara (MPN).

Kunjungan hormat MPN itu adalah bertujuan untuk membincangkan isu-isu pendidikan tinggi negara seterusnya memperkukuh hubungan strategik dengan KPT.

MPN yang ditubuhkan pada 1 April 2010, mempunyai objektif untuk menggerakkan kepakaran tenaga akademik berpengalaman untuk membantu usaha Kerajaan dalam agenda pembangunan negara dan memberi kesejahteraan kepada masyarakat.

Turut hadir YBhg Prof Emeritus Dr Kamaruddin M. Said, Timbalan Presiden MPN, YBhg Dato’ Dr Megat Sany Megat Ahmad Supian, TKSU (Dasar) dan YBhg Datuk Dr Mohd Zabri Yusoff, TKSU (Pengurusan dan Pembangunan).

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 3828
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 11 Oktober 2024, 07:37:56.

logo-sirim