Majlis Perasmian Portal ‘Discover Education Malaysia’ oleh YBM

Hari ini YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi telah menyempurnakan majlis perasmian Portal ‘Discover Education Malaysia’ yang dimiliki oleh Education Malaysia Global Services (EMGS).

Ianya merupakan inisiatif yang bertujuan untuk menjadikan Malaysia sebagai destinasi pendidikan tinggi yang utama di peringkat antarabangsa.

Di dalam portal tersebut terkandung maklumat tentang latar belakang program IPT di Malaysia, struktur yuran, laluan kerjaya, serta testimoni pelajar yang pernah tinggal di negara ini.

Portal boleh dilayari di laman https://discover.educationmalaysia.gov.my/

Turut hadir, Dr Mohd. Zabri Yusoff, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), KPT, Prof. Dato' Dr. Husaini Omar, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi dan Ts. Zainab Ahmad, Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK).

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 9894
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 24 Mei 2024, 17:03:21.