Majlis Penyerahan Replika Cek Kepada Universiti Sains Malaysia (USM) bagi pembangunan Projek Agrotourism

Petang tadi, YB Dato’ Mansor Othman, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi telah meluangkan masa untuk beramah mesra bersama 30 orang wakil media Pulau Pinang. Pada sesi tersebut, YB Timbalan Menteri turut menyempurnakan majlis penyerahan replika cek kepada Universiti Sains Malaysia (USM) bagi pembangunan Projek Agrotourism. Projek ini akan memfokuskan kepada aktiviti penternakan, penghasilan tanaman herba dan pemprosesan baja organik yang bukan sahaja dapat menawarkan peluang pekerjaan kepada golongan graduan B40 & M40 malah turut membantu komuniti setempat. Turut hadir, YBrs. Prof. Dr. Faisal Rafiq Mahamd Adikan, Naib Canselor, Universiti Sains Malaysia dan YBrs. Encik Imran Hilmy Tawfik Hilmy, Presiden Kelab Media Mutiara Pulau Pinang.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 7051
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 14 Jun 2024, 19:20:56.