Majlis Pelancaran Program Sumbangan Bakul Makanan untuk Mangsa Banjir UiTM

26 Disember 2021

YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi hari ini menghadiri majlis pelancaran Program Sumbangan Bakul Makanan untuk Mangsa Banjir UiTM yang disempurnakan oleh YAB Datuk Seri Utama (Dr) Haji Sulaiman Md Ali, Ketua Menteri Melaka di Seri Bendahara, Melaka.

Turut hadir YBhg Prof Dr Rodziah Md Janor, Naib Canselor UiTM dan YBrs Prof Madya Dr. Mohd Rasdi Zaini, Rektor UiTM Melaka.

Dalam program tersebut, UiTM telah menyediakan kira-kira 563 buah bakul makanan untuk diagihkan kepada mangsa-mangsa banjir di sekitar negeri Melaka.

YB Menteri turut turun padang menyampaikan sumbangan keperluan asas kepada beberapa orang penerima bakul makanan untuk meringankan beban yang ditanggung.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 5123
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Sabtu 09 November 2024, 12:54:17.

logo-sirim