Majlis Pelancaran Pelan Hala Tuju Pembangunan Vaksin Negara (PPVN) dan Penubuhan Institut Genom dan Vaksin Malaysia (MGVI) bersama PM, Menteri Kesihatan dan YBM

Hari ini YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi bersama YB Dato' Sri Dr. Adham Baba, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi dan YB Khairy Jamaluddin, Menteri Kesihatan mengiringi YAB Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob, Perdana Menteri Malaysia ke Majlis Pelancaran Pelan Hala Tuju Pembangunan Vaksin Negara (PPVN) dan Penubuhan Institut Genom dan Vaksin Malaysia (MGVI) di Institusi Genom Malaysia, Bangi, Selangor.

Inisiatif PPVN ini merupakan antara usaha Kerajaan dalam mengeluarkan produk vaksin sendiri yang berkualiti, berkesan dan selamat mengikut syarat yang telah ditetapkan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara sekaligus menjadi hub pengeluar vaksin serta meningkatkan keyakinan terhadap penggunaan vaksin.

PPVN ini juga bukan hanya tertumpu kepada penghasilan vaksin COVID-19 semata-mata tetapi diperluaskan kepada vaksin bagi penyakit-penyakit lain seperti kolera, kanser kepala dan leher.

Melalui pelaksanaan PPVN dan penubuhan MGVI, modal insan berkemahiran tinggi dalam pelbagai bidang penyelidikan terutamanya yang berkaitan kesihatan dan vaksin akan dapat dilahirkan selain mewujudkan peluang pekerjaan kepada Keluarga Malaysia.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 5631
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Rabu 24 Julai 2024, 03:08:48.

logo-sirim