Majlis Pelancaran Pakej Pelan Data Dan Peranti Kepada Pelajar Institusi Pendidikan Tinggi

30 Oktober 2020, Selari dengan Lonjakan Kesembilan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi) iaitu mengarusperdanakan Pembelajaran Dalam Talian Tahap Global, Kementerian Pengajian Tinggi telah mengambil pelbagai pendekatan dalam menawarkan bantuan dan inisiatif pembelajaran yang kondusif serta seimbang dengan pendekatan pengajian secara dalam talian. Hari ini, YB Dato' Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi telah menyempurnakan Majlis Pelancaran Pakej Pelan Data dan Peranti kepada pelajar Institusi Pendidikan Tinggi secara dalam talian. Inisiatif ini melibatkan Bantuan Tunai sebanyak RM50 kepada 76,153 orang pelajar baharu sesi 2020/2021 dan Bantuan Pelan Data yang melibatkan 320,396 pelajar dari golongan B40. Program ini melibatkan kerjasama daripada rakan-rakan strategik telekomunikasi iaitu Celcom, Digi, Telekom Malaysia, Maxis dan RedOne, syarikat pengeluar peranti seperti Acer dan Samsung, Tabung Haji, yayasan-yayasan, zakat dan dana wakaf Dalam majlis ini juga, KPT melancarkan crowdfunding melalui Tabung Prihatin Siswa dalam usaha untuk membantu meringankan kesulitan pelajar yang berkeperluan dalam meneruskan pengajian di IPT. Turut serta dalam majlis ini adalah YB Dato' Mansor Othman, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Dato' Seri Dr. Mazlan Yusoff, Ketua Setiausaha KPT, Prof Dato' Seri Dr. Mohamed Mustafa Ishak, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Dr. Mohd Zabri Yusoff, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) dan Naib Canselor-naib canselor Universiti Awam.

WhatsApp Image 2020 12 24 at 15.28.04
WhatsApp Image 2020 12 24 at 15.28.06
WhatsApp Image 2020 12 24 at 15.28.06 1
  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 8590
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 14 Jun 2024, 19:20:56.